BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ,

saya ingin bertanya soalan mengenai solat terawih. 
jika saya hanya solat terawih 8 rakaat kemudian saya rehat sehingga imam selesai 20 rakaat. 
kemudian saya witir bersama imam 

soalan saya. Adakah saya mendapat ganjaran solat sepanjang malam? Sedangkan saya tidak ikut imam buat 20 rakaat. 
 

sekian terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين

أما بعد

Menunaikan solat bersama Imam sehingga selesai mendapat ganjaran qiyam semalam berdasarkan sebuah hadis daripada Abu Zar al-Ghifari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

من قام مع الإمام حتى ينصرف كتب له قيام ليلة

Maksudnya: Sesiapa yang berdiri (bersolat tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) selesai, dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam). (Riwayat al-Tirmizi)

Imam Nawawi menjelaskan bahawa solat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah solat terawih. Oleh itu, seorang makmum perlu bersama dengan Imam daripada awal sehingga selesai dan mengikut jumlah rakaat yang dikerjakan oleh Imam. Jika Imam mengerjakan solat sebanyak 20 rakaat, maka makmum hendaklah mengikutnya sehingga selesai bagi mendapatkan fadilat ini. Jika makmum berhenti lebih awal, maka dia tidak berhak mendapat fadilat ini berdasarkan zahir hadis tersebut.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 51

message user image