Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum W.B.T. Insya-Allah saya akan mengerjakan ibadat Umrah pada bulan Ramadhan pada tahun ini 1439H/2018. Bagi seorang yang banyak melakukan dosa dan meninggalkan solat fardhu, apakah amalan2 atau persediaan yg boleh dilakukan sebelum saya berangkat menunaikan ibadat Umrah? Mohon berikan step@langkah yang perlu diikuti. Saya khuatir amalan ibadat saya selama mengerjakan ibadat Umrah tidak diterima Allah SWT kerana kejahilan pada masa lalu.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, antara persediaannya, tuan perlu bersihkan diri zahir dan batin. Buat solat taubat, banyakkan beristighfar. Syukur, dengan menginsafi dan menyesali kecuaian masa lalu itu juga merupakan proses taubat. Umrah dan haji adalah tetamu Allah SWT, jadilah tetamu yang disukai “tuan rumah” yakni Baitullah. Pelajari dan fahami serta hayati segala hal ehwal ibadat umrah dari segi syarat, rukun wajib dan sunatnya, diiringi fokus niat dan tujuannya kerana Allah SWT. Disamping kekuatan fizikal, gunakan kekuatan spiritual, iaitu banyakkan berdoa semoga dipermudahkan diberi kekuatan, kesabaran serta mengharapkan umrahnya diterima oleh Allah SWT. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.