BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya sering mencuci bahagian dalam kemaluan(picit bukaan & alirkan air) untuk memastikan tiada sisa air kencing supaya lebih yakin tubuh suci dari hadas & solat tanpa rasa was-was..

Namun saya tidak menyedari perbuatan tersebut membatalkan puasa(memasukkan sesuatu ke rongga badan). Setelah menyedari perkara ini saya tidak mengulangi perbuatan tersebut lagi & membersihkan kemaluan dengan cara yang betul(tidak perlu memicit/membuka & cuci bahagian dalam).

Persoalannya perlukah saya ganti puasa hari-hari sebelumnya(22hari) akibat perbuatan saya yang tidak saya sedari/ketahui ianya membatalkan puasa. Saya juga tidak ingat sejak bila mengamalkan perbuatan tersebut & patutkah qada/ganti puasa tahun-tahun sebelumnya.

Terima kasih atas penjelasan,saya harap saya tidak berhutang dengan Allah sebelum saya meninggal dunia. Saya sentiasa cuba memperbaiki diri dari khilaf.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Antara perkara yang membatalkan puasa adalah sengaja memasukan sesuatu ke dalam ruang rongga yang sedia terbuka. Bersuci dengan cara membuka mulut zakar dan membasuhnya tidak membatalkan puasa sekiranya air cucian tersebut hanya sekadar lalu sahaja dan tidak sampai mamasuki rongga kemaluan. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 54

message user image