BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin menanyakan beberapa soalan:

1. saya mempunyai masalah gusi yang sentiasa berdarah dan ketika ingin menyucikan darah dalam mulut tersebut dengan cara berkumur maka air cucian darah tersebut akan mengenai kawasan kulit muka dan anggota badan yang lain. Permasalahannya, kulit muka dan anggota badan saya sentiasa berminyak. 

Persoalannya, adakah saya perlu menghilangkan kesan minyak pada kulit muka dan anggota badan saya yang terkena air kumuran darah tadi?

2. Ataupun adakah pendapat ulamak yang menyatakan bahawa perkara tersebut dimaafkan sekiranya air kumuran darah gusi terkena pada kawasan kulit yang berminyak dan tidak perlu mencuci kesan minyak muka tersebut sekiranya terkena air kumuran darah gusi tadi?

Hal ini kerana saya jadi semakin was-was dan susah untuk menghilangkan kesan minyak pada kulit muka dan anggota badan saya yang lain dan terkadang saya mengambil masa selama 30-40 minit untuk meyucikan kulit muka dan anggota badan yang lain sehingga benar-benar bersih dari kesan yang berminyak tersebut.

 

sekian terima kasih.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Menjawab soalan yang diajukan:

1. Percikan air semasa berkumur-kumur untuk membersihkan darah di dalam mulut yang terkena pada pipi atau anggota badan yang lain adalah dimaafkan. Melainkan sekiranya percikan itu besar dan terdapat kesan darah padanya, maka ia perlu disucikan terutamanya ketika hendak menunaikan ibadah seperti solat. Ini kerana ia telah bercampur dengan benda bernajis iaitu darah. 

2. Berkaitan dengan anggota badan berminyak. Kulit berminyak bukanlah najis yang perlu disucikan. Ia adalah suci. Ianya hanyalah kesan peluh biasa yang terjadi secara semula jadi. Jika yang dimaksudkan minyak di sini adalah unsur luar seperti minyak hitam kenderaan disebabkan  kerja di bengkel, maka perlulah dibersihkan bertujuan menjaga kebersihan diri. Bahkan ia perlu dibersihkan ketika berwuduk atau mandi wajib. Ini bertujuan air dapat sampai ke permukaan kulit semasa wuduk atau mandi wajib. Jika tidak dibersihkan wuduk boleh menjadi tidak sah.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 62

message user image