BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Hukum menjilat kemaluan isteri untuk kepuasan semasa berjimak.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan di atas, hukum menjilat kemaluan isteri dan bermain dengan faraj isterinya adalah harus tetapi pastikan bukan dengan cara-cara yang boleh merosakkan atau terkena najis. Perkara ini disebut oleh Syeikh Zainuddin al-Malibari, murid Imam Ibn Hajar al-Haitami di dalam kitab Fath al-Mu`in :

يَجُوزُ لِلزَّوْجِ كُلُّ تُمَتَّعُ مِنْهَا بِمَا سِوَى حَلَقَةِ دُبُرِهَا وَلَوْ بِمَصِّ بَظَرِهِ

Maksudnya: Diharuskan bagi seorang suami itu menikmati secara seksual akan tubuh isterinya, selain daripada lubang dubur (liwat), sekalipun dengan menghisap biji kelentitnya. 

Harus diambil perhatian bahawa segala aktiviti hubungan kelamin ini hendaklah dilaksanakan dengan penuh adab dan penghormatan antara satu pasangan dengan yang lain. Keredaan dan keizinan pasangan itu penting untuk mencapai ketenteraman dan kepuasan yang diredhai Allah SWT. Oleh itu, Allah SWT berfirman dalam surah al Nisa ayat ke 19 :

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Bermaksud: Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 58

message user image