BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya terdapat sedikit kemusykilan mengenai puasa saya. Jadi persoalannya, adakah puasa saya terbatal jika saya mengepit zakar saya dengan kedua-dua belah peha kaki saya dengan sengaja sehingga keluar air mani sambil melihat video yang tidak elok. Adakah puasa saya terbatal? Apakah yang perlu saya lakukan?


message user image

Jawapan  

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Orang yang berpuasa dianjurkan untuk memperbanyakkan perkara ketaatan dan meninggalkan tuntutan syahwat dan maksiat. Mengeluarkan mani dengan sengaja seperti menonton video yang menaikkan syahwat, beronani dengan tangan atau menggesel kemaluan pada sesuatu objek seperti peha merupakan perkara maksiat yang membatalkan puasa. Puasa yang terbatal tersebut wajib diganti (diqada') semula. Firman Allah SWT di dalam surah al-Mukminun Ayat 5;

 وَٱلَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَٰفِظُونَ 

Maksudnya: Dan mereka yang menjaga kehormatannya.

Menurut ayat di atas, di antara sifat orang yang beriman adalah sentiasa menjaga kehormatan (kemaluan) daripada menyalurkan syahwat kecuali kepada isteri. Sekiranya tidak mampu berkahwin maka sebaiknya berpuasa dengan erti kata yang sebenar dan bersabar.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 58

message user image