BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualikum,

apa hukumnya jika ketika bergaduh dgn isteri, saya beritahunya jika saya buat lagi perkara sedemikian, jatuh talaqnya, tetapi sebutan talaq tidak jelas , hanya pergerakkan bibir/lidah dan sebutan angin "talaq" , tetapi difahmi oleh isteri kerana dapat lihat pergerakkan mulut . Jatuh ke talaq jika saya langgar perlara tersebut?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Ayat yang dilafazkan antara tuan dan isteri semasa bergaduh adalah ciri talak secara taklik, kerana taklik itu dikaitkan dengan diri tuan sendiri iaitu (jika saya buat lagi perkara sedemikian, jatuh talaqnya). Lafaz yang digunakan juga sorih (jelas, terang), didengari oleh tuan dan difahami oleh isteri. Justeru, taklik talak boleh berlaku dan jika tuan melanggar perkara tersebut, maka jatuhlah talak ke atas isteri.

Walau bagaimanapun dalam menentukan sabit suatu lafaz taklik talak dan berlakunya taklik tersebut adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh itu, tuan disarankan untuk merujuk perkara tersebut kepada pihak Mahkamah Syariah berdekatan tempat di mana tuan tinggal.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 97

message user image