BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum nak tanya, dulu saya pernah jadi bendahari kelas jadi saya kutip duit kelas bulanan, lepastu sekarang saya dah habis sekolah dan saya tak tahu setiap sen dari duit tu siapa punya jadi tak tahu nak contact siapa jadi saya derma duit tu kepada yang memerlukan, boleh kan?

harap saya dapat balasan secepat mungkin. terima kasih. kalau ada bahagian yang tak lengkap boleh emel saya


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, sebaiknya adalah puan hubungi rakan-rakan di dalam kelas itu untuk mendapatkan persetujuan terhadap penggunaan wang tersebut. Seandainya mereka sukar untuk dihubungi, puan boleh menyerahkannya kepada pihak Baitulmal dengan menyatakan sumber wang tersebut, atau puan sedekahkannya ke badan kebajikan seperti masjid dan surau dengan niat bagi pihak pemilik wang tersebut. Namun, seandainya pada suatu masa nanti, pemilik itu menuntut wang tersebut, maka menjadi kewajipan kepada puan untuk memulangkannya.

.والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 75

message user image