BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Betul ke kalau imam dah baca al-fatihah makmum tak perlu lagi

Hari tu waktu kuliah maghrib tu ada ustaz kata Al-Fatihah tak wajib kalau imam dah baca (saya rasa macam tulah dia cakap)

Mohon pencerahan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan, di dalam Mazhab Syafi'i membaca surah al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun solat. Justeru, sesiapa yang tidak membaca surah al-Fatihah di dalam solatnya maka solatnya tidak sah. Adapun solat berjemaah dalam mazhab al-Syafi'i, wajib bagi makmum untuk membaca Surah al-Fatihah pada setiap rakaat solat, sama ada solat yang dibaca nyaring atau perlahan, kecuali bagi makmum yang masbuk. Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW:

 لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ    

Maksudnya: Tidak (sah) solat bagi orang yang tidak membaca Fatihah al-Kitab (yakni Surah al-Fatihah). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di dalam Riwayat yang lain:

لَا تُجْزِئُ صَلَاةٌ لَا يَقْرَأُ الرَّجُلُ فِيهَا بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ

 Maksudnya: Tidak memadai solat orang yang tidak membaca fatihah al-kitab di dalamnya. (Riwayat al-Daruqutni)

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 65

message user image