BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

Saya selalu beronani dengan memakai tissue (yg saya balut pada kemaluan) dan seluar dalam. Sudah tentu sebelum keluarnya mani, air mazi akan keluar dahulu. Jadi persoalan saya, apabila air mani saya telah terapancut dan terkena tissue dan seluar dalam saya, adakah air tersebut dikira najis, kerana telah juga terkena air mazi? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Menurut ilmu perubatan, air mani dan air mazi bukan daripada sumber atau punca yang sama. Oleh itu, tidak semestinya air mani dan air mazi keluar secara serentak dan tuan perlu melihat kepada ciri-ciri cecair tersebut. Sekiranya diyakini bahawa cecair yang keluar serta mengenai tisu atau seluar dalam tersebut adalah mazi, maka ia adalah najis. Namun, jika diyakini bahawa ia adalah air mani, maka ia tidak dihukumkan sebagai najis.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 83

message user image