BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

assalam ustaz.. saya ingin bertanya bab najis berat. adakah najis itu boleh berpindah ke kawasan lain, barangan lain walaupun da dibasuh dgn air biasa atau sabun. dalam situasi ni ada beli dompet kulit yang da lupa asal usul nye.. keyakinan menyatakan ia adalah kulit lembu..tp rasa was2 tu tetap timbul...tempat yg diletak dompet,  meja, seluar.. beg galas.. bagaimana ya..perlu ke sy biakan saja sifat was2 ni tanpa sertu apa2. tlg bantu


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Pertama berkenaan dengan was-was terhadap sesuatu itu dikira najis atau tidak, maka pada asalnya ia tidak najis. Ini bertepatan dengan kaedah fiqh sesuatu itu suci pada asalnya sehingga terbukti ia adalah najis. Jadi kita perlu yakin sesuatu itu bersih dan suci sehingga terbukti ia adalah najis. Keraguan atau was-was tidak menghilangkan rasa yakin.

Kedua berkenaan dengan najis boleh berpindah kawasan, ia terdapat perincian. Terdapat perbezaan antara keadaan sesuatu itu lembap atau kering. Najis akan berpindah jika ia bersentuhan dengan sesuatu yang lembap atau basah. Sama ada najis yang basah bersentuhan dengan sesuatu yang kering  atau najis yang kering bersentuhan dengan sesuatu yang basah maka ia dapat memindahkan najis. Jika najis itu kering dan bersentuhan dengan sesuatu yang kering maka ia tidak memindahkan najis.

والله أعلم بالصواب

 

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 62

message user image