Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya telah menyimpan beberapa mata wang asing. Adakah saya dibenarkan untuk menukar mata wang tersebut ke Ringgit Malaysia setelah beberapa tahun apabila nilai mata wang tersebut sudah meningkat?
Jawapan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada soalan yang diajukan, harus menukarkan mata wang asing tunai (fiat money) yang dimiliki untuk dimanfaatkan apabila berlaku peningkatan nilai matawang yang ingin ditukar. Namun sekiranya matawang yang dimiliki adalah dalam bentuk pelaburan maya melalui platform forex maka ia telah diputuskan sebagai haram sebagaimana keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (Forex) oleh individu secara lani (individual spot Forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.
Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 74