Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang hukum caj 1% (yuran tambahan) yang dikenakan oleh pihak Touch n Go ewallet untuk tambah nilai ewallet menggunakan kad kredit. Sebelum ini tiada caj dikenakan walaupun menggunakan kad kredit.
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2024/02/1208191/tambah-nilai-tng-ewallet-guna-kad-kredit-dikenakan-caj-1-peratus
Sebelum ini saya biasa menggunakan perkhidmatan tambah nilai ewallet tersebut menggunakan kad kredit islamik untuk pembayaran tol dan lain-lain kerana tidak dikenakan sebarang caj. Adakah caj 1% tersebut merupakan riba atau isu-isu lain yang tidak patuh syariah? Sekian dan terima kasih atas keprihatinan dan respon pihak tuan.
Jawapan