Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya pernah berkahwin kira-kira 20 tahun dahulu. Perkahwinan itu hanya bertahan dalam 2 tahun lebih. Secara amnya bekas suami saya itu tidak menjalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai suami, culas bab ibadat, serta percaya perkara-perkara khurafat. Dia juga tidak menghormati orang tua saya. Maka saya pun berbincang dengan dia baik-baik, eloklah berpisah saja sebab saya tidak boleh ikut cara kehidupan dia. Dia sendiri keluar rumah lepas itu dan tak balik-balik. Akhirnya setelah mengadu kepada mahkamah syariah, saya dapat perintah cerai taklik. Masalahnya di sini, saya ingin meminta maaf dengan dia, andai kata saya ada dosa sewaktu menjadi isterinya. Tapi saya takut dengannya, takut dia akan melakukan sesuatu yang buruk kepada saya. Juga, saya tidak tahu dia di mana. Namun, saya rasa tanggungjawab saya untuk meminta ampun itu penting. Bagaimana harus saya meminta ampun, jika saya tidak mahu berjumpa dengannya disebabkan takut? Mohon pencerahan tuan, sekian, terima kasih.
Jawapan