BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya nak tanya, dulu saya ada pegang barang, masatu tangan saya ada najis (tetapi saya tidak ingat kenapa kerana sudah lama dan pada masa itu saya takut dengan najis membuatkan saya was2) dan barang tersebut jadi najis. Saya biarkan barang tersebut kering untuk menjadi najis hukmi lalu saya tidak sempat untuk membersihkannya. Saya membiarkannnya lama sehingga satu hari auntie saya cuci meja saya dengan tisu basah dari kedai dan barang tersebut ada di meja. Saya yakin tisu basah dari kedai itu sudah kena ke barang tersebut dan auntie saya pegang banyak barang. Bagaimana untuk saya mencucinya kerana atas meja saya juga ada buku? Juga auntie saya pegang alat makeup di meja lain, adakah alat makeup itu juga perlu saya mencucinya? Adakah saya perlu cuci kedua2 meja juga? 


message user image

Jawapan  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه الأجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, perasaan was-was adalah berpunca daripada gangguan syaitan, maka seharusnya ditangani perasaan tersebut supaya ia tidak memberi mudharat kepada diri sendiri. Dalam hal ini, jika tiada bukti yang zahir bahawa adanya ain, bau atau rasa akan sesuatu najis, maka kembalilah kepada hukum asal sesuatu itu adalah suci. Tambahan pula, perkara itu telah berlaku lama, maka abaikannya. Salah satu cara untuk menghilangkan keraguan ini adalah dengan mempelajari cara menghilangkan najis dengan betul dan memahami hukum-hakamnya dengan tepat.

 والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 86

message user image