BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan, berdasarkan pengetahuan saya, jika seseorang ragu tentang solatnya batal atau tidak semasa masih dalam solat, solatnya menjadi batal. Namun, bagaimanakah pula sekiranya was-was itu datang selepas habisnya solat, adakah dia perlu mengulangi solat tersebut?


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد 

Merujuk kepada soalan yang diajukan, rasa ragu atau waswas terhadap sahnya sesuatu ibadah selepas selesai ibadah itu ditunaikan tidak menjejaskan sahnya ibadah itu. Ini bermakna, apabila solat telah selesai didirikan dengan sempurna rukun dan syaratnya, kemudian datang rasa waswas atau ragu-ragu akan sahnya solat tersebut, ia tidak akan menjadikan solat itu batal atau tidak sah. 

Begitu juga ragu-ragu atau waswas semasa solat sedang ditunaikan tidak secara serta merta menjadikan solat itu menjadi tidak sah. Sebaliknya, waswas itu boleh diperbetulkan tanpa membatalkan solat. Seperti waswas bilangan rakaat antara 3 atau 4, maka pilihlah 3 rakaat. Kemudian, atas sebab itu disunatkan untuk melakukan sujud sahwi selepas membaca tahiyyat akhir sebelum salam.

Ini adalah kerana hukum tidak dapat dibina atas dasar ragu-ragu, waswas, syak atau sangkaan. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Yunus ayat 36:

إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

Maksudnya: Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran.

.والله أعلم بالصواب

 

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 214

message user image