BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : JENAYAH

message user image

  Soalan

BAGAIMANA SAYA NAK MENEBUS DOSA GUGURKAN KANDUNGAN?

ADAKAH ALLAH AMPUNI DOSA SAYA SETELAH BERTAUBAT


message user image

Jawapan  

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Menggugurkan kandungan tanpa alasan yang menepati hukum syarak adalah dikira sebagai dosa besar dan wajib bertaubat melainkan disahkan oleh Doktor Pakar bahawa kandungan tersebut boleh mengancam nyawa ibu.

Sehubungan itu, cara bagi menebus dosa tidak lain adalah dengan bertaubat kepada Allah SWT. Taubatlah dengan sebenar-benar taubat, iaitu dengan menyesali perbuatan yang dilakukan, meninggalkan perbuatan tersebut dan berazam untuk tidak mengulanginya. Di samping itu, perbanyakkan juga amal soleh yang lain seperti sedekah, solat, berpuasa dan lain-lain lagi.

Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani dan InshaAllah, Allah akan menerima taubat serta mengampunkan dosa hamba-Nya yang ikhlas. Firman Allah SWT dalam surah Ali-'Imran ayat 135:  

وَٱلَّذِینَ إِذَا فَعَلُوا۟ فَـٰحِشَةً أَوۡ ظَلَمُوۤا۟ أَنفُسَهُمۡ ذَكَرُوا۟ ٱللَّهَ فَٱسۡتَغۡفَرُوا۟ لِذُنُوبِهِمۡ وَمَن یَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمۡ یُصِرُّوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلُوا۟ وَهُمۡ یَعۡلَمُونَ

Maksudnya: Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 123

message user image