BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan,

Saya ingin bertanya, saya merupakan seorang yang gemar membaca komik secara dalam talian namun saya sering membaca komik-komik tersebut menerusi laman web cetak rompak. Persoalan saya, adakah membaca komik dan menonton filem menggunakan laman web cetak rompak akan di anggap sebagai mencuri daripada pencipta walaupun saya hanya membaca dan menonton sendirian sahaja tanpa memuat turun atau berkongsi dengan orang lain. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Kemudahan teknologi pada masa kini menjadikan akses semua maklumat di hujung jari. Semua maklumat dapat dicari dengan sangat pantas. Berdasarkan soalan yang diajukan, perbuatan membaca komik di laman web cetak rompak walaupun untuk diri sendiri adalah dianggap sebagai mencuri kerana ia dianggap sebagai menceroboh dan mengambil hak orang lain tanpa izin.sebagaimana hadis daripada Abu Hurrah Al-Raqasyi daripada bapa saudaranya bahawa Nabi SAW bersabda:

لا يَحِلُّ مالُ امرِئٍ مُسلِمٍ إلَّا بطِيبَةٍ مِن نَفْسِه

Maksudnya: Tidak halal harta seseorang Muslim melainkan dengan kerelaan hatinya.

(Riwayat Ahmad)

Perbuatan ini tidak boleh diamalkan kerana sedar atau tidak, cetak rompak digital yang dinikmati secara haram ini adalah salah di sisi undang-undang kerana membabitkan perlanggaran isu hak cipta dan harta intelek pemilik karya. Malah, ia memberi keuntungan kepada penyedia ‘laman web cetak rompak’ dengan menjana pendapatan hasil pungutan iklan berdasarkan jumlah pengunjung yang melayari halaman mereka. Justeru, hendaklah bertaubat dan tidak mengulangi dosa tersebut.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 63

message user image