BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalam, soalan saya , adakah sah solat jika bertukar niat selepas salam kedua? Contoh tukar niat dari solat fardhu ke solat qada' 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, Imam Khatib Al-Syarbini ada menyatakan di dalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj bahawa wajib menyempurnakan solat fardu sehingga selesai sekalipun semasa melakukan solat fardu tersebut teringat bahawa mempunyai solat yang belum diqada’.

Adapun menukar niat selepas salam kedua itu tidak dipanggil ‘menukar niat’ kerana ia berlaku setelah sempurna solat. Maka untuk melakukan ibadah yang lain ia memerlukan kepada niat yang baharu.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 57

message user image