BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam...saya mohon pencerahan...sy ada perselisihan faham dgn isteri...dan tidak duduk bersama selama 4 tahun...tetapi sekarang sudah baik semula.

Jadinya ...adakah boleh saya dan isteri saya jadi seperti biasa walaupun 4 tahun tidak bersama atau saya perlu nikah semula dgn isteri saya bagi membolehkan kami hidup bersama semula.

 

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Perkahwinan yang berlaku secara sah adalah bersifat muabbad (kekal) selagi mana tidak berlaku perceraian atau perpisahan yang diputuskan oleh pihak Mahkamah Syariah seperti fasakh atau tafriq. Selain itu, tidak disyaratkan juga mesti berlaku persetubuhan dalam tempoh perkahwinan. Oleh itu, berdasarkan soalan, tuan boleh hidup seperti biasa bersama isteri sebagai pasangan suami isteri yang sah walaupun sudah lama tidak hidup bersama.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 86

message user image