BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya difahamkan bahawa Surau Jumaat di negeri Selangor tidak sama taraf dengan masjid, sehingga segala hukum yang berlaku berkaitan masjid seperti iktikaf dan solat tahiyatul masjid tidak sah di surau atau surau Jumaat.

Saya juga difahamkan jika jemaah yg solat di luar dewan solat surau adalah tidak sah jika terpisah dengan dinding, tabir atau dengan pintu yg tertutup, kerana surau bukan masjid. Sedangkan seringkali ketika saya solat jumaat di surau-surau Jumaat di sekitar negeri Selangor pintu-pintu tersebut sentiasa ditutup untuk mengekalkan hawa dingin ruangan solat dalam.

Apakah status solat jemaah-jemaah tersebut kerana saya difahamkan solat mereka tidak sah dan wajib diulang. Jika tidak sah, apakah ada tindakan dari pihak jabatan untuk menangani perkara ini kerana status sah solat fardhu itu bukan perkara remeh.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada Garis Panduan Solat Bejamaah Di Masjid, Bangunan Selain Masjid Dan Tanah Lapang keluaran Jabatan Mufti Negeri Selangor, bagi syarat solat berjamaah di bangunan selain masjid seperti surau atau madrasah, makmum hendaklah boleh berjalan mendapatkan imam dalam keadaan dada sentiasa menghadap kiblat tanpa mengundur atau berpaling daripada arah kiblat. Sekiranya terdapat pintu atau penghadang di antara imam dan makmum, maka ia hendaklah dibuka ketika solat dilaksanakan. 

Walau bagaimanapun, seandainya terdapat pintu, sekiranya perlu ditutup kerana mengelakkan hawa dingin daripada keluar, maka ia harus ditutup tanpa dikunci. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 76

message user image