BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz/Ustazah, 

Syarikat yang saya bekerja sekarang menyediakan kemudahan perubatan, terhad RM150 sebulan (dengan menunjukkan resit klinik/hospital). Pada masa yang sama, saya mencarum medical card Takaful. 

Sekarang saya sedang menjalani rawatan susulan dari sebuah hospital. Persoalan saya, apa hukum jika saya menuntut bil hospital daripada kedua-dua medical card takaful (tuntutan penuh) dan syarikat yang saya bekerja (tuntutan RM150 sebulan)? Adakah RM150 yang dituntut daripada syarikat dikira sebagai keuntungan atau ia adalah hak bulanan sebagai pekerja?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
 


Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara umum tuntutan yang dibuat kepada pihak syarikat adalah harus meskipun seorang pekerja telah mencarum medical card takaful. Melainkan terdapat syarat tertentu daripada pihak syarikat yang menyatakan sebaliknya, ini kerana tuntutan perubatan merupakan keistimewaan yang diberikan oleh pihak syarikat kepada semua kakitangannya dan kebiasaannya ia keistimewaan tanpa syarat sama ada seorang pekerja itu memiliki medical card atau tidak. Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk merujuk semula kepada Bahagian Pentadbiran yang menguruskan perkara ini.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 27

message user image