BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya beberapa tahun lepas semasa sekolah menengah ibu saya pernah bertanya "kalau adik sanggup tak nak dermakan buah pinggang adik kat ayah?" kemudian saya berkata "kalau adik cukup umur adik bagi tapi masalahnya umur adik tak cukup" dan tahun ni saya akan berumur 18 tetapi ayah saya tidak perlukan buah pinggang baharu lagi, adakah ucapan saya telah dikira sebagai nazar? perlukah saya berpuasa kaffarah selama 3 hari? seterusnya, saya pernah berkata pada adik saya ayat saya antara "aku nak try bangun pukul 5 pagi sebab nak tahajud" ataupun "sekarang aku nak bangun pukul 5 sebab nak tahajud" saya buat solat tahajud itu tapi lama kelamaan saya tidak lakukan tahajud lagi adakah ucapaan itu juga dikira saya sudah bernazar? terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diberikan; Nazar dari sudut istilah ialah mewajibkan atas diri sendiri suatu perbuatan qurbah (mendekatkan diri dengan Allah) yang tidak ditentukan dalam syara’, sama ada secara mutlak atau pun dengan menta’liqkan (iaitu mengaitkan) dengan suatu perkara. 

اِلْتِزَامُ قُربُةِ لَم تَتَعَيَّن فِي الشَّرْعِ، إِمَّا مُطْلَقًا، أَوْ مُعَلَّقًا عَلَى شَيْء

Para ulama menyatakan bahawa nazar mempunyai tiga rukun iaitu :

  • Sighah (bentuk ucapan).

  • Orang yang melakukan nazar (الناذر)

  • Perkara yang dinazarkan (المنذور)

Berbalik kepada soalan, kedua-dua situasi yang berlaku tidak dikira sebagai nazar menurut mazhab syafi'i disebabkan oleh syarat yang tidak dapat dipenuhi. Hal ini kerana sighah (bentuk ucapan) nazar itu dikira sebagai nazar apabila didatangkan dalam bentuk mewajibkan sesuatu ke atas diri orang yang melakukan nazar itu. Selain itu, di dalam kitab al-Mu’tamad karangan Dr. Muhammad Al-Zuhaili menyebutkan: Dan disyaratkan juga pada sighah supaya dilakukan dengan lafaz yang menunjukkan kepada iltizam (kesungguhan). 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 47

message user image