BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..saya ingin bertanya bab umrah..alhamdullilah..saya baru selesai mengerjakan umrah..ketika ditanah suci semua pantang larang, wuduk dan rukun saya jaga dengan baik dan teliti..hati saya ada was was yang mana sebelum saya berangkat ke sana..saya ada melakukan dosa iaitu melihat video kurang baik dan terkeluar air mazi..saya telah menyentuh air tersebut, saya juga telah menyentuh telefon bimbit saya dibahagian slide button dan screen..ruang ni agak tenggelam dan slide..saya telah mencuci 2 3 lalu air melalui tangan dan sebelum berangkat saya masih mencuci juga dengan air melalui tangan..kira saya tottally yakin suci..ketika disana pun saya masih yakin suci..setibanya disini setelah sebulan saya perasan dalam button tu ada kesan2 yg mana biasa air bertakung..sebelum ni handphone saya biasa kene hujan dan saya ignore je..saya jadi was was adakah saya menanggung najis ketika umrah..ikut keyakinan saya yakin suci cumanya saya kadang2 datang takut  adakah ini batal umrah saya..boleh kah saya bayar dam utk pelepasan ihram andaikate terbatal..andai kata sah saya ingin niat derma disana..kiranya saya niat dua dalam satu..

Andaikata terbatal..Bagaimanakah langkah untuk pelepasan ihram..boleh kah saya kahwin jika saya belum buat qada umrah..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan soalan yang diberikan, umrah yang dilakukan adalah sah kerana telah cukup syarat-syaratnya. Adapun telefon tersebut tidak dianggap sebagai najis kerana:

  • Berdasarkan kaedah fiqh yang bermaksud "Keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan syak". Telefon tersebut diyakini berada dalam keadaan suci, namun syak berlaku sama ada terdapat najis atau tidak. Oleh itu, ia dihukumkan sebagai suci kerana syak tidak diambil kira.

  • Telefon itu tidak bernajis, kerana tidak dapat dipastikan terdapat air mazi pada ruang button itu. Seandainya pun ada, ia dimaafkan kerana telah berusaha sedaya upaya untuk membasuhnya. Tambahan pula ia adalah sedikit.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 47

message user image