BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamu'alaikum Ustaz.

Ibu mertua saya berumur 83thn, sihat tubuh badan, boleh uruskan keperluan diri sendiri tanpa bantuan anak2. Boleh membaca ayat Al- Quran tertentu dgn lancar. Namun beliau ada masalah dementia yg kadang mengulangi pertanyaan yg sama dlm seminit. Ada perkara yg beliau ingat dgn jelas dan boleh bercerita dgn tepat ingatan peristiwa yg lepas- lepas dan tidak nampak bagai org yg menghidapi dementia. 

Masalahnya beliau sukar di ajak solat sedangkan kalau berjemaah boleh mengikuti dgn sempurna dan dpt membaca rukun qauli dgn baik.

Apakah beliau dipertanggungjawab dgn hukum wajib solat kerana bila bersama kami akan kami ingatkan dan ajak utk solat. Tp ibu mertua saya akan marah- marah pd saya atau anak-anak saya yg ajak beliau solat dan mengungkit perkara yg tidak berkaitan.

Mohon penjelasan ustaz dlm hal di atas. Terima kasih atas pencerahan agar kami berhati-hati dlm bicara atau sikap terhadap beliau. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Solat adalah satu daripada rukum Islam yang lima. Ia diwajibkan ke atas setiap mukalaf, iaitu orang yang berakal sempurna dan telah sampai umur baligh.

Merujuk kepada solan yang diajukan, bagi seseorang yang telah disahkan mengalami penyakit dementia atau nyanyuk, hukum kewajipan solat terhadapnya dilihat berdasarkan kepada keadaan orang itu. Jika seseorang itu masih mengetahui atau memahami arahan, ia mengambil hukum kanak-kanak mumayyiz. Seandainya dia dapat melaksanakan solat dengan sempurna mengikut rukun dan syaratnya, maka solatnya adalah sah. Namun dia tidak dituntut untuk qada' jika meninggalkannya. Sebaliknya, jika seseorang itu tidak lagi dapat memahami arahan, dia tidak dipertanggungjawabkan untuk mendirikan solat.

والله أعلم بالصواب

 

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 36

message user image