BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, dahulu saya pernah seperti menyalahkan sepupu saya dek kerana ibu saya menukar kepada pinggan yang jenis lain. Adakah saya berdosa dan perlu meminta maaf kepada sepupu saya kerana menyalahkannya. Ketika saya menyalahkannya, sepupu saya tiada di rumah ibu saya dan beliau tidak pernah mengetahui akan perihal ini.

Soalan kedua saya, ketika kelas, kadang kala saya tergelak kecil kerana rakan saya selalu mengutarakan soalan yang sama lebih kurang berbunyi "Topik ini di dalam peperiksaan akan diberikan berapa markah?" selepas pensyarah menerangkan topik tersebut (kadang kala tidak selalu). Adakah saya berdosa kerana seperti mentertawakan rakan saya walaupun sewaktu itu rakan saya tidak mengetahuinya dan adakah saya perlu meminta maaf kepadanya? 

Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada soalan saudara yang pertama, kenyataan saudara mengatakan seperti menyalahkan sepupu hanya sekadar pandangan dan bukannya tuduhan yang melibatkan perkara jenayah atau sebagainya. Tambahan pula pada masa itu sepupu tidak berada bersama, maka saudara tidak perlu menyatakan perkara tersebut atau meminta maaf daripadanya.

Bagi soalan yang kedua, tergelak kecil yang kadang-kadang berlaku disebabkan perkara yang lucu adakalanya terjadi dengan sepontan dan di luar dari kawalan. Bukanlah niat saudara dengan sengaja mempertawakan, mempersenda atau merendahkan orang itu, maka saudara tidak perlu memohon maaf daripadanya.  

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 68

message user image