BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya adalah goloyang ada masalah kencing tak lawas. Saya baru berusia 23 tahun. Ada satu hari yang dimana saya mandi sangat lama dan saya basuh tempat keluarnya air kencing tersebut. Semasa saya nak ambil kain tuala, saya berasa macam nak terkencing. Tapi, rasa sahaja. Saya biarkan rasa itu sebab saya juga ada penyakit was-was. Saya taknak lagi berlama dalam bilik air itu. Setelah saya keluar dan dalam perjalanan masuk ke bilik tidur saya, saya memang yakin yang ada air keluar dari lubang faraj tersebut. Tapi, saya tak pasti sama ada yang keluar dari lubang itu adalah  air kencing atau sebaliknya. Saya tak pasti ustaz. Saya rasa lelehan air itu keluar dan terjatuh ke lantai (hanya setitik sahaja yang jatuh).  Tetapi, saya tak tahu sama ada betul ke atau tidak. Jadi, saya pijak lantai tersebut dlm keadaan kaki saya yang basah. Hampir kesemua tempat saya pijak sebab bilik tersebut dikongsi bersama rakan belajar saya juga. Persoalannya, hukum lantai itu suci atau tidak ye? 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa masalah kencing tidak lawas sememangnya tidak dapat dikawal. Oleh itu, seseorang perlu cermat dan teliti dalam menjaga kesucian dirinya dengan memastikan sentiasa memakai pantyliner atau pad agar najis tersebut dalam ditampung dan tidak tersebar ke merata tempat. 

Di samping itu, isu berkaitan was-was secara dasarnya ia adalah berpunca daripada gangguan syaitan. Maka, seharusnya perasaaan was-was ini ditangani sebaiknya agar ia tidak memberi mudarat kepada diri sendiri.

Merujuk kepada persoalan hukum lantai itu suci atau tidak, sekiranya was-was bahawa lelehan yang keluar itu adalah air kencing, maka tinggalkan perasaan tersebut dan perlu diyakini bahawa lantai bilik tersebut suci. Dalam hal ini, tiada bukti yang zahir bahawa adanya ain, bau atau rasa air kencing, maka kembalilah kepada hukum asal bahawa ia suci. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 55

message user image