BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Wbt,

Sahabat Muslim saya mempunyai perniagaan restoran di luar negara yang dia usahakan bersama rakan kongsi bukan Islam. Restoran tersebut memfokuskan hidangan vegeterian, namun memandangkan rakan kongsi & majoriti pelanggannya adalah bukan Islam, oleh itu restoran itu turut menghidangkan minuman keras selain minuman lain yang dibenarkan Islam.

Soalan saya, adakah perniagaan tersebut masih dibolehkan dalam Islam  memandangkan minuman keras yang dijual di restoran tersebut memandangkan ia adalah permintaan daripada rakan kongsi perniagaan yang bukan Islam.

Untuk urusan minuman keras, ia diuruskan sendiri oleh rakan kongsi sahabat saya yang bukan Islam manakala sahabat saya menguruskan urusan lain yang bukan berkaitan alkohol. 


message user image

Jawapan  

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Perkongsian perniagaan atau musyarakah adalah diharuskan dalam Islam dengan syarat hanya melibatkan produk yang halal. Apabila bercampur di antara produk halal dan haram, maka hasil yang diperolehi menjadi haram. Kaedah Fiqh ada menyebut;

 إذا اجتمع الحلال والحرام غلب الحرام 

Maksudnya: Apabila bercampur perkara halal dan haram maka akan dikuasai oleh yang haram.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 64

message user image