BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam..

Saya ingin bertanya..

Jika Ahli Jemaah Surau ingin menggunakan Harta Surau cth Air digunakan utk siraman tanaman. Beliau meminta izin guna ..dengan Beliau menyumbang Wang kpd pihak Surau.

Adakah boleh pihak jawatankuasa Surau membuat keputusan membenarkan atau tidak boleh.

Mohon penjelasan dari pihak tuan.

Terima kasih

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Sumber air, elektrik, internet dan seumpanya yang berkaitan dengan masjid atau surau harus digunakan oleh jemaah yang hadir sekadar yang diperlukan (bil makruf) dan tidak berlebih-lebihan. Penggunaan surau bagi tujuan peribadi adalah tidak diharuskan walaupun dengan bayaran kerana tidak diketahui secara tepat kadar penggunan air tersebut yang perlu dibayar semula kepada pihak pengurusan surau.

Al-Nu'man bin Basyir RA meriwayatkan baha beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda;

 إنَّ الحلالَ بيِّنٌ وإنَّ الحرامَ بيِّنٌ وبينهما أمورٌ مُشتبِهاتٌ لا يعلمهنَّ كثيرٌ من الناس فمنِ اتَّقى الشُّبُهاتِ استبرأ لدِينِه وعِرضِه

Maksudnya: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya ada perkara-perkara syubhah (samar) yang ramai tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menjauhi syubhah maka terselamatlah agama dan maruahnya.

(Riwayat al-Buhkari dan Muslim)

Larangan ini bertujuan mengelakkan mana-mana pihak menggunakan kepentingan surau dengan cara yang salah seterusnya terjebak dengan perkara syubhah

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 76

message user image