BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

Saya minat melancong. Dari minat, rakan-rakan mencadangkan saya membawa mereka melancong. Saya uruskan segalanya dari A - Z ( mencari tiket penerbangan, mencari pakej dari agensi yang berkenaan, membuat survey, dll). Rakan -rakan saya hanya bayar berapa jumlah pakej kepada saya dan segala bayaran kepada agensi saya yang uruskan.

Persoalan saya, bolehkah saya mengambil keuntungan dari situ? Dikira hasil dari penat lelah saya menjalankan tugas tersebut. Jika boleh, berapakah jumlah keuntungan yang boleh diambil?

 

Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Setiap usaha yang dilakukan berhak mendapat imbalan yang sewajarnya. Diharuskan bagi tuan untuk mengambil keuntungan dengan kadar yang munasabah sebagai balasan kepada urusan melancong yang diaturkan oleh tuan bagi kawan-kawan yang lain. Sebagai panduan, boleh membuat perbandingan harga dengan tawaran yang diberikan oleh agensi atau syarikat pelancongan yang lain sehingga tidak kelihatan terlalu mahal hingga kawan-kawan merasai dizalimi.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 15

message user image