BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum,

Merujuk kepada jawapan utk soalan berikut:

https://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/site/jawapan?id=836

fatwa Selangor menyatakan TIDAK HARUS untuk solat tahiyatul masjid & beriktikaf di dalam surau/surau Jumaat di Selangor.

Adakah maksud TIDAK HARUS itu membawa maksud HARAM?

Mohon penjelasan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
 


Merujuk kepada soalan yang diajukan, berikut adalah petikan jawapan daripada soalan yang ditanyakan "mana-mana surau yang telah mendapat kebenaran atau tidak daripada Jabatan Agama Islam Selangor untuk mendirikan solat Jumaat adalah tidak termasuk di dalam kategori masjid dan tidak harus melakukan solat sunat tahiyatul masjid serta beriktikaf di dalamnya".

Pertama sekali perlu diperjelaskan bahawa petikan jawapan di atas bukan Keputusan Fatwa tetapi ianya adalah panduan hukum. Dalam konteks pentadbiran, keputusan fatwa adalah keputusan yang dibuat di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. bagi keputusan di atas ianya adalah panduan hukum yang boleh dijadikan panduan amalan beribadah bagi umat Islam di Negeri Selangor khususnya dan umat Islam di mana jua dia berada.

Kedua; maksud tidak harus dalam konteks jawapan di atas adalah tidak sah, ini kerana solat sunat tahiyatul masjid dan iktikaf adalah dua amalan yang hanya dikhususkan di dalam masjid, sedangkan surau tidak dianggap sebagai masjid meskipun diberi kebenaran mendirikan solat Jumaat. Oleh itu, berdasarkan panduan hukum yang dikeluarkan oleh Jabatan ini maka adalah tidak sah mendirikan solat sunat tahiyatul masjid dan beriktikaf di dalam bangunan selain masjid, termasuk di dalam surau/surau Jumaat.


والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 86

message user image