BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalam ustaz... Sy minta maaf menganggu. Sy harap ustaz dapat jawab dengan cepat, sevab sy dah xtahan hidup dengan was was ini.. 

Kalau muka dan badan kita ada najis, bila kita mandi di bawah shower akan ada air percikan di dinding2 mozek. Air dari mandian shower kita itu.

Sy xpasti air percikan tu adalah air bernajis atau tidak. Adakah air percikan itu menjadi najis sebb badan kita bernajis pada waktu itu? Perlukah sy membasuh dinding tersebut? 

Jika tidak bernajis, boleh kah tangan sy menyentuh dinding yg terdapat air percikan dari air mandi dari badan yg bernajis itu tanpa basuh tangan selepasnya? Bagaimana pula kalau badan kita yg terlanggar dinding tersebut ketika mahu keluar dari tandas? Perlukah sy mandi semula?

Cth :

1. Selepas buang air kecil/besar ada yg merecik di anggota badan. Xpasti air najis atau air basuhan. Ketika mandi di shower air shower merecik di dinding. Perlukah bersihkan dinding tersebut?

2. Semasa berus jamban untuk bersihkan dari sisa najis, kadangkala air semasa berus tu tepercik di muka atau badan. Ketika mandi di shower akan ada air yg terpercik di dinding. Perlukah sy bersihkan dinding tersebut akibat percikan dr shower yg mengenai bdn yg bernajis?

3. Di peha ada darah.. ketika mandi di bawah shower pasti ada air yg merecik di dinding. Adakah menjadi najis dinding tersebut akibat percikan dari mandian shower sy? Perlukah sy basuh dinding tersebut?

 

Sy harap ustaz boleh bantu sy. Kerana sy rasa amat sukar setiap kali mandi sy akan basuh keseluruhan dinding tandas kerana was was air percikan dr mandian sy. Selepas sy basuh dinding sy akan mandi semula kerana risaukan air tu terkena pd sy semula...ini menyebabkan kejidupan sy menjadi amat sukar. Ketika nak keluar toulet pun sy sgt takut jika badan sy terkena mana mana dinding akibat was was air percikan ini... 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, Islam meletakkan sesuatu hukum itu adalah berdasarkan kepada sesuatu yang jelas, nyata dan yakin sahaja. Manakala bagi sesuatu yang tidak jelas, tidak nyata dan tidak yakin itu maka perkara tersebut adalah terkecuali dan tidak ada hukum. Sehubungan itu, jika kita menghukumkan sesuatu adalah bernajis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan.

Ini kerana pada asalnya, sesuatu itu tidak bernajis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka kekal bersih dan suci. Oleh itu, jika tidak dapat dipastikan dan sekadar anggapan atau was-was maka ianya kekal bersih dan suci.

Sehubungan itu,:-

1. Air percikan pada anggota badan selepas membuang air kecil/ besar tidak dianggap bernajis melainkan terdapat kesan ain najis sama ada warna, bau atau rasa. Seandainya tiada atau tidak dapat dipastikan kewujudannya, maka ia adalah suci. Manakala air percikan di dinding semasa mandi menggunakan shower juga tidak dianggap bernajis melainkan terdapat kesan ain najis sama ada warna, bau atau rasa. Seandainya tiada atau tidak dapat dipastikan kewujudannya, maka dinding tersebut adalah suci.

2. Tidak perlu membersihkan dinding tersebut akibat daripada percikan air semasa mandi kerana air percikan tersebut adalah suci daripada najis.

3. Percikan air ke diding tidak dianggap bernajis melainkan sekiranya terdapat kesan darah melekat pada dinding. Sekiranya tiada kesan darah yang melekat pada dinding, maka dinding itu kekal suci dan tidak perlu dibasuh atau dibersihkan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 48

message user image