BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum , saya baru sahaja ingin berubah menjadi lebih baik. Semakin saya mendalami Islam, saya was was bahagian najis.

Soalan 1 :

Saya pernah terjaga dari tidur, dan perasan ada kesan air liur basi pada baju. Jadi saya basuh gunakan air shower supaya lebih rata, dan saya sental. Akan tetapi, was was saya sentiasa ada, sampai ke sudah tak yakin. Asyik asyik rasa kotoran tu masih ada. Jadi saya masukkan pula ke dalam baldi dalam keadaan baju itu yang masih basah dan saya lupa untuk sambung basuh. Keesokan harinya ibu saya basuh akan tetapi menggunakan mesin basuh manual. Bila kering, saya ragu ragu untuk pakai. Dan pada hari ini, ibu saya terbasuh lagi sekali baju itu menggunakan mesin yang sama dna cara yang sama. Adakah untuk tempoh masa yang berbulan (dari hari pertama saya basuh) saya anggap baju itu bebas najis? Ataupun ia masih mengandungi najis? Jika ia mengandungi najis, adakah air di dalam mesin itu mutanajjis? Bantu saya ya. Saya mohon sangat.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, apabila tuan telah membasuh baju tersebut dengan mengalirkan air daripada shower, maka baju itu telah pun suci dan tidak menanggung najis. Tindakan tuan memasukkan baju tersebut ke dalam baldi dan kemudian ibu tuan membasuhnya menggunakan mesin basuh, tidak menjadikan mesin basuh serta semua pakaian yang dibasuh bersama baju itu menjadi bernajis. 

Abaikan rasa waswas tersebut dan berusahalah untuk mengatasi perasaan waswas dengan berdoa serta memohon perlindungan daripada Allah SWT. Ini adalah kerana perasaan waswas merupakan suatu penyakit dan ia perlu ditangani dengan sebaiknya.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 54

message user image