BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam. Ust saya hendak tanya akad jual beli seperti “Ust saya hendak tanya tentang pajak tanah. Contoh buah2an. Tak boleh sebab belum jelas masaknya.” Kalau kelapa sawit bagaimana pula sebab contoh ada orang nak beri usaha tanah sawit selama 5 tahun dan dia minta RM3 Ribu. Boleh ke saya semasa akad jual beli menyatakan "Saya akan usahakan tanah sawit ini selama 5 tahun dan dengan ini sebagai sumbangan kepada tuan saya beri sebanyak RM3 Ribu”?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, seharusnya dinyatakan RM 3 ribu itu bersamaan berapa tahun seperti selama 5 tahun atau tiap-tiap tahun sebanyak RM 3 ribu. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kekeliruan di masa hadapan. Wajib bagi kita untuk berakad ketika belakunya jual beli. Ijab dan kabul atau sighah al akad adalah kalimah dimana pembeli atau penyewa menyatakan membeli barang dari penjual dan penjual tersebut mengucapkan bahwa ia menyerahkan barang atau objek jual beli tersebut kepada pembeli. Dengan demikian, setiap syarat dan rukun akad jual beli dan sewa dalam Islam haruslah dilaksanakan agar jual beli sah mengikut hukum syara’ dan tidak mendapat mudharat atau masalah dikemudian hari. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 237

message user image