BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada 2 soalan yang ingin ditujukan

 

1. Saya pernah membaca tentang kita umat Islam tidak boleh sesuka hati mengkafirkan orang Islam, tetapi saya pernah terdengar ibu saya memanggil lecture kakak saya kafir dia berkata "Lecture kau ni Christian ke kafir" tanpa mengetahui lecture itu seorang Islam atau bukan, saya bimbang adakah ibu saya telah terkeluar dari Islam, bagaimanakah hubungan ibu bapa saya dan saya sendiri tidak berani hendak menegur kerana berfikir mungkin ibu saya jahil dan tidak tahu tentang larangan mengkafirkan orang lain dan satu lagi saya pernah mendengar tentang kepercayaan orang dulu-dulu seperti jika tapak tangan sebelah kanan gatal bermakna ada duit akan masuk ibu saya seakan akan percaya benda ini kerana sudah beberapa kali tapak tangan dia gatal dan duit betul-betul masuk adakah ini syirik dan boleh menjadi murtad, adakah ibu saya diwajibkan untuk bersyahadah semula dan adakah orang yang jahil itu tidak dihukum kafir kerana kejahilannya

 

2. Saya merasakan diri saya dihantui kalimah murtad dan kafir selepas melihat video di youtube yang orang itu hanya sekadar menyebut perkataan murtad dan kerana saya mendengar perkataan kafir disosial media, saya sampai ditahap semua benda saya kafirkan walaupun saya tahu tentang larangan kafir mengkafirkan orang, saya tidak mahu benda ini terjadi dan saya sampai tidak mahu mendengar suara atau melihat wajah seseorang kerana takut mengkafirkan orang lain walaupun saya tahu bahawa orang itu islam atau tidak dan walaupun saya tidak mengucapkannya hanya terletak dihati sahaja tetapi saya seakan akan sengaja ingin keluar dari Islam sedangkan saya tidak mahu keluar dari Islam. Adakah saya diwajibkan untuk bersyahadah semula atau ini sekadar was was? Itu sahaja terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab soalan yang diajukan:

1. Ucapan ibu itu hanyalah persoalan atau pertanyaan mengenai penyarah tersebut sama ada dia seorang kristian atau kafir. Ucapan itu tidak menjadikan ibu saudari kafir yang boleh mengebabkan berlakunya pembubaran atau terputusnya hubungan perkahwinan antara ibu dan bapa saudari. Namun, kata-kata itu adalah ucapan yang tidak baik dan seharusnya ditinggalkan.

Manakala kepercayaan gatal pada tapak tangan tanda akan mendapat duit tidaklah menjadikan seseorang itu syirik atau murtad. Ia sekadar pengalaman yang dialami oleh ibu dan ia hanyalah secara kebetulan. 

2. Lintasan hati merupakan satu keadaan yang berlaku kepada ramai orang, malah mungkin semua orang. Bezanya dari segi mengawal dan mengurus lintasan hati yang bersifat negatif seperti yang saudari. Lintasan atau kata-kata yang terdetik di dalam hati tidak memberi kesan hukum selama kta-kata itu tidak dilahirkan dengan percakapan atau perbuatan. Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إن الله تجاوز عن أمتي ما حدثت به أنفسها ما لم تعمل أو تتكلم

Maksudnya: Allah akan mengampuni umatku atas apa yang dia bicarakan dalam hatinya, selama dia tidak melakukan atau menyatakannya. (Riwayat al-Bukhari)

Abaikan lintasan-lintasan seperti itu. Mintalah perlindungai daripada Allah SWT, berdoa serta sibukkan diri dengan berzikir atau beristigfar setiap kali lintasan itu hadir dalam pemikiran. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saudari untuk mengatasi masalah tersebut.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 109

message user image