BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Tuan/Puan,

Saya Hajah Nazirah binti Sulaiman dari Ampang, Selangor sebelum ini ada menghantar emel bertanyakan beberapa soalan kepada Pejabat Mufti Negeri Selangor.

Tuan/puan, ini merupakan sambungan soalan iaitu soalan yang telah tertinggal daripada emel saya sebelum ini.  (Mohon tuan/puan rujuk soalan atas nama saya sebelum ini).

Soalan:

Bagaimana hukumnya saya menjalani kehidupan bersama Ibu Saudara yang mana suami kepada Ibu Saudara itu bekerja di syarikat Skim Cepat Kaya tersebut daripada gaji suaminya itu saya yang tinggal bersamanya turut makan, minum dan menjalani kehidupan menggunakan duit gaji suami Ibu Saudara itu selama lebih kurang 1 tahun 8 bulan tinggal bersama mereka. Suaminya itu tidak ada pendapatan lain selain duit yang diperolehi dari bekerja di syarikat itu yang dikatakan 'keuntungan' dari aktiviti pelaburan haram mereka.  Apa yang perlu saya lakukan kerana telah menjadi darah daging saya?.    

Sekian, mohon penjelasan daripada tuan/puan.  Terima kasih.

 

(NAZIRAH BINTI SULAIMAN)

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Harta atau wang tidak patuh syariah yang dimiliki oleh seseorang adalah dilarang untuk gunakan untuk keperluan atau kepentingan diri sendiri. Namun sekiranya beliau tetap menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri seperti memberi makan, pakaian atau sebagainya sedangkan penjual tidak mengetahui status wang tersebut, maka bagi pihak penjual, jual beli tersebut adalah sah dan dia berhak memiliki harga barangan tersebut. Begitu juga sekiranya wang itu dibelanjakan untuk nafkah keluarga, maka keluarga itu tidak bersalah atau berdosa. Mereka juga tidak perlu memulangkan atau menggantikan apa apa yang telah mereka gunakan atau belanjakan daripada wang tersebut.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 68

message user image