BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

assalamualaikum , minta sorok identiti saya kerana saya ingin bertanya ini berdasarkan lakonan di televisyen sahaja . jika seorang isteri mendesak suaminya untuk bercerai selepas itu , suami berkata "kau bayar balik 20k duit hantaran dan aku ceraikan kau" . tetapi sang isteri tiada 20k tersebut . Bolehkah saya tahu hukumnya macam mana ?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Ucapan suami kepada isteri: "Kau bayar balik 20k duit hantaran dan aku ceraikan kau" boleh dianggap sebagai tawaran yang diberikan kepada suami kepada isteri untuk bercerai atau memutuskan hubungan perkahwinan secara khulu'. Khulu’ ialah perpisahan antara suami isteri dengan sesuatu gantian (bayaran) yang diberikan oleh isteri kepada suami dengan lafaz talak atau khulu’. Masyarakat Islam di Malaysia mengenali penceraian seperti ini sebagai ‘tebus talak’. Penceraian secara khulu' hanya berlaku dengan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak. Sah bagi isteri menerima tawaran tersebut walaupun tidak memiliki secukupnya wang yang diminta oleh suami. Ini adalah kerana ia akan menjadi hutang kepada isteri untuk membayarnya.

Walau bagaimanapun, sah atau tidak suatu penceraian secara biasa atau secara khulu' hanya boleh diputuskan oleh pihak Mahkamah Syariah sebagai pihak yang berbidang kuasa membicarakan perkara tersebut. Oleh itu, seandainya perkara tersebut benar-benar berlaku, adalah disarankan untuk memaklumkannya kepada pihak Mahkamah Syariah yang terdekat.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 75

message user image