BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz..

Saya nak tanya bagaimana hukum menggunakan vacuum yang ada dua fungsi iaitu vacuum dan jugak mop. Boleh kah saya menggunakan vacuum yg ada dua fungsi itu jika di lantai ada najis cicak? (Najis cicak yang kering)  Maksud saya jika saya nampak najis cicak yg kering saya terus gunakan vacuum yang ada fungsi vacuum dan jugak mop. Sebab rumah saya selalu ada najis cicak kadang kadang letih nak kena cari najis cicak dulu bersihkan dan kemudian baru mop. Kadangkala saya nak mop rumah pun takut sebab saya takut termop tahi cicak sekali. Jadi bolehkah saya gunakan vacuum yang ada dua fungsi ini?
 

Bagaimana pula kalau najis cicak basah yg melekat di permukaan kemudian kering? Bagaimana untuk selesaikan sebab saya dh letih hari2 nak buang tahi cicak ni..


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, tahi cicak dikategorikan sebagai najis mutawassitah. Kaedah mensucikan najis cicak yang terdapat pada lantai adalah dengan cara menghilangkan atau membuang najis cicak tersebut sehingga hilang kesan seperti warna, bau atau rasa, lalu alirkan air mutlak ke atas tempat yang terkena najis itu tadi.

Penggunaan alat vakum berserta mop untuk mensucikan najis cicak itu bergantung kepada jenis alat itu. Seandainya alat tersebut dapat berfungsi sebagaimana kaedah yang dinyatakan di atas, iaitu vakum dapat menyedut ain najis cicak tersebut sehingga hilang kesan warna, bau atau rasa. Kemudian alat itu memancutkan air ke atas lantai tempat di mana tahi cicak itu berada, lalu dilalukan mop untuk mengeringkannya, maka lantai itu menjadi suci.

Namun seandainya alat itu mempunyai vakum yang dapat menyedut tahi cicak, kemudian hanya terdapat mop basah yang mengelapnya, tanpa ada air mutlak yang mengalir ke atasnya, maka ia tidak dapat mensucikan tempat tersebut walaupun telah hilang warna, bau atau rasa.

Berkenaan najis cicak yang terlah kering, kaedah pensucian tetap sama, iaitu hilangkan ain najis cicak tersebut menggunakan tisu basah atau seumpamanya. Kemudian alirkan air mutlak ke atasnya. 

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 46

message user image