BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt

Kitaran haid saya pada bulan lepas ialah pada 16/3/24 iaitu selama 6 hari.Kebiasaanya haid saya teratur setiap bulan walaupun hari pertama haid boleh terjadi lebih awal atau lewat 1-4 hari dari tarikh jangkaan. 

Bulan April, saya menjangkakan haid berlaku pada 13/4/24 ( atau 1-4 hari awal  atau lewat).

Saya bersama suami pada 10/4/24, 5.30 pagi. Semasa ingin mandi junub pada waktu subuh, saya dapati ada keluar lendir bercampur darah. Sifat darah sama seperti haid. Pada ketika itu saya yakin itu darah haid, jadi saya teruskan niat mandi junub, tetapi saya tidak tunaikan solat subuh kerana darah itu saya anggap sebagai haid ( yang datang 4 hari lebih awal dari tarikh jangkaan).

Menjelang zuhur, tiada darah keluar lagi. Hanya lendir biasa. Keadaan berulang sehingga subuh 11/4/24. 

Soalan saya:

1) Apakah darah yang keluar pd 10/4/24, dianggap haid atau istihadah?

2) Sekiranya darah itu darah haid, adakah saya perlu mandi wajib sekali lagi pada subuh 11/4/24 ( minimum haid 24 jam) teruskan solat seperti biasa?

3) Sekiranya darah itu istihadah, perlukah saya mandi wajib pada subuh 11/4/24 bagi membolehkan saya menunaikan solat? Apa hukum solat yang saya tinggalkan pada 10/4/24 ( subuh hingga isyak)?

Sekian terima kasih.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Tempoh minimum menentukan darah yang keluar itu adalah haid ialah darah itu keluar minimum selama 24 jam, sama ada ia keluar secara berterusan iaitu bersambung selama sehari semalam, atau ia keluar secara berselang-selang atau terpisah-pisah dalam masa 15 hari,iaitu tempoh maksimum haid. 

Menjawab soalan yang diajukan: 

1. Lendir yang keluar bersama darah pada 10/4/2024 adalah darah haid. Ini adalah kerana apabila dicampur dengan darah yang keluar pada 12/4/2024 (maklumat berdasarkan perbualan melalui talipon) ia memenuhi syarat minimum 24 jam darah keluar dalam tempoh 15 hari.

2. Puan tidak perlu mandi junub pada hari 10/4/2024, dan puan tidak perlu mandi wajib pada 11/4/2024, kerana pada masa itu puan dalam keadaan haid.

3. Soalan ini tidak berkenaan kerana darah itu adalah darah haid. Solat fardu yang ditinggalkan pada masa itu tidak perlu diqada'. Namun sekiranya puan mandi junub lalu solat dengan sangkaan bukan darah haid, maka ia dimaafkan.   

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 45

message user image