BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

assalamualaikum ustaz..saya ingin bertanya..selepas saya mandi wajib dan selesai solat solat subuh..saya rasa mcm ada tinggalan sabun di celah peha saya....adakah mandi wajib saya sah...kerana ada setengah dari ustaz yang berkata perlu mandi wajib semula kerana sudah solat....kalau belum solat boleh dicuci tinggalan sabun itu sahaja...tapi kalau sudah solat..perlu mandi wajib semula...adakah ia benar ustaz...mohon penjelasan..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Antara syarat fardu mandi wajib adalah meratakan air ke seluruh anggota zahir seperti badan, kuku tangan dan kaki, kulit, kulit kepala, rambut dan sebagainya. Merujuk kepada persoalan saudara, menyedari terdapat tinggalan sabun pada anggota badan selepas selesai mandi wajib dan meyakini mandi wajib itu sah, tidak menjadikan mandi wajib tersebut tidak sah. Ini adalah kerana terdapat kemungkinan tinggalan sabun itu melekat pada anggota badan selepas sempurna meratakan air di kawasan anggota itu. Oleh itu solat yang ditunaikan adalah sah dan tidak perlu diulang.

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 43

message user image