BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz/zah,

Saya mahu bertanya dlm dua soalan dahulu ya...

1- Adakah ketika sujud yg perlu dan wajib menyentuh sejadah adakah dahi sahaja ke atau kne pd hidung sekali?saya confius disitu...

2- Adakah ketika membaca rukun qauli contoh sprti alfatihah,syahadah dan selawat sj yg perlu dibaca dan didgri smp ketelinga kita,dan bacaan yg lain contoh sprti takbiratul ihram n yg lain2 baca perlahan sj?

Terima kasih pada yang menjawab.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

1. Pengertian sujud pada syarak ialah dahi orang yang bersolat bersentuhan secara langsung dengan dengan tempat sujudnya. Antara syarat sah sujud adalah menyentuh tempat sujud dengan dahi yang terdedah serta melakukan sujud dengan tujuh anggota badan iaitu dahi, dua telapak tangan, dua lutut dan dua hujung jari kaki. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn ‘Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ على سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الجَبْهَةِ، وأَشارَ بيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ واليَدَيْنِ والرُّكْبَتَيْنِ، وأَطْرافِ القَدَمَيْنِ

Maksudnya: Aku diperintahkan sujud dengan tujuh tulang anggota, iaitu dahi (sambil Baginda SAW mengisyaratkan tangannya ke bahagian atas hidung), kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung kedua-dua belah kaki. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di samping itu, kebanyakan para ulama mengatakan bahawa yang wajib dalam anggota sujud adalah dahi, manakala hidung pula merupakan anggota sujud yang sunat. Justeru, ketika sujud hanya dahi yang wajib menyentuh tempat sujud/ sejadah, manakala hidung pula hanyalah sunat.

2. Di antara rukun yang utama di dalam solat ialah rukun qauli. Ia dinamakan sebagai rukun qauli disebabkan rukun-rukun ini wajib untuk dibaca oleh orang yang menunaikan solat dan sekurang-kurangnya bacaan tersebut didengari oleh telinganya sendiri. Terdapat 5 rukun qauli iaitu takbiratul ihram, bacaan Surah al-Fatihah, bacaan tasyahhud akhir, selawat ke atas Nabi Muhammad pada tasyahhud akhir dan salam. 

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 50

message user image