BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya berkenaan lafaz taklik. Pada bulan JULY 2023 saya telah lafaz taklik pada isteri saya.Lafaz taklik saya seperti berikut "Kalau kau kerja urut badan lelaki "urut batin" lagi , tak payah la nak jadi isteri aku lagi".Saya sebenarnya tidak betol2 berniat untuk lafaz taklik Dan ketika itu fikiran saya kusut memikirkan perkara tersebut kepada isteri saya.Tapi saya benar2 terpaksa buat begitu agar isteri saya tak kembali kepada pekerjaan lamanya.Ini kerana isteri saya sebelum nie seorang tukang urut lelaki "urut batin".Dan saya seberapa nekad Dan keras kepala isteri saya kalau terjadi perselisihan faham.Dan isteri saya pernah bawak anak saya pergi ke tempat pusat urut Haram tu Dan tinggal disana Dan menyebabkan anak saya demam Dan hampir2 akan ditahan hospital kerana demam yang dialami.Saya tahu pekerjaan yang isteri saya lakukan tu amatlah Salah dari sisi agama Dan undang2.ini kerana pekerjaan tersebut melibatkan banyak perkara yang tidak elok.ini kerana isteri saya bukanlah kerja di kedai urut rasmi yang berlesen.isteri saya Dan kawan2nya bukak pusat urut Haram.Saya terpaksa lafaz taklik tersebut untuk melindungi isteri saya dari kembali kepada pekerjaan lama tersebut.ini kerana pekerjaan tersebut amat lah berbahaya,berkemungkinan isteri saya boleh dirompak dan dirogol dan mungkin lebih teruk boleh kehilangan nyawa atas kejadian rompak atau samun yang akan terjadi pada kedai tersebut.Seandainya sampai terjadi korban jiwa Dan terbukak aib saya sekeluarga,saya akan kehilangan isteri,anak saya kehilangan seorang ibu.dan pekerjaan yang isteri saya lakukan adalah Haram di sisi agama Dan undang undang.dan semestinya isteri saya akan ditangkap polis dan dipenjarakan atas kesalahannya jika pusat urut Haram tu diketahui pihak polis. Dan tambahan isteri saya pemegang passport Indonesia bukan warganegara malaysia, Dan lebih teruk berkemungkinan akan diberkaitan dengan imigeresen Dan menyebabkan dia akan kehilangan visa jaminan suami isteri Dan dia terpaksa dihantar balik ke Indonesia meninggalkan saya Dan anak yang Masih berusia 3tahun. Banyak perkara yang bermain difikiran saya kadang saya rasa hampir hilang akal memikirkan perkara buruk yang boleh terjadi sampai saya terpaksa lafaz taklik tersebut demi keselamatan Dan kesejahteraan kami sekeluarga bersama.ini jugak demi menjaga maruah , nyawa Dan aib isteri saya sebagai seorang isteri dn seorang ibu.tambahan pula kami mempunyai cahaya mata yang baru berusia 3 tahun pada tahun ini.sekali lagi saya sampaikan saya terpaksa lafaz taklik tersebut demi menjaga maruah nyawa Dan hubungan antara suami isteri Dan anak.Seandainya isteri saya telah langgar lafaz taklik tersebut secara diam2 atau terang terang, adakah isteri saya itu Masih sah sebagai seorang isteri?Dan adakah sah lafaz taklik yang saya lafazkan pada isteri saya dalam keadaan terpaksa begitu?

 

 

Saya harap jabatan mufti Selangor dapat menjelaskan kekusutan ini.Sekian Terima Kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Lafaz yang diucapkan iaitu "Kalau kau kerja urut badan lelaki "urut batin" lagi , tak payah la nak jadi isteri aku lagi" merupakan lafaz kinayah yang memerlukan kepada niat. Tuan telah menyatakan bahawa tuan tidak berniat untuk melakukan perceraian. Secara zahirnya, lafaz seperti ini tidak jatuh talak. Berdasarkan situasi yang diterangkan juga, tuan sebagai seorang suami sememangnya wajar untuk terus berusaha untuk menghalang isteri daripada bekerja di tempat yang diharamkan dalam Islam. Dibimbangi membiarkan isteri berterusan melakukan perkara maksiat menjadikan suami seorang yang dayus. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 63

message user image