Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum,
Saya kena strok (dah elok balik). Dr. kata kalau saya kena strok lagi mungkin kekal. Dr. kata saya kena strok kecil. Saya kena strok pun Dr. kata mungking sebab saya kena kecing manis tinggi (<10.0). Dulu saya kena cocok insulin, 3x sehari. lepas tu makin naik Dr. kata kalau naik lagi kecing manis saya Dr. kata nak naikkan dos insulin tu ke 5x sehari. Saya cuba kurangkan makan tapi tetap naik juga. Lepas tu saya cuba puasa isnin dan khamis. Alhamdulillah, turun kecing manis saya. sekarang saya makan macam biasa. lepas itu saya cari di internet puasa-puasa sunat yang lain. Macam hari putih, tasua, asyura, puasa 6 dan hari arafah. lepas tu waktu ramadan hari tu ustaz yang jadi imam tarawih tu ada cakap mengenai puasa2 sunat. tapi dia cakap puasa hari putih tu 14,15 dan 16. tapi saya tengok di internet tu 13,14 dan 15. dan ada juga saya tengok di you tube ustaz tu tu kata boleh buat bila-bila 1 haribulan ke akhir bulan ke.
1. Mohon pencerahan mengenai puasa hari putih tersebut.
2. Boleh tak senaraikan puasa2 sunat dan waktunya mengikut mufti yang sebetulnya. takut yang saya tengok di internet salah ke.
Jawapan
1) Puasa hari putih merupakan puasa yang dilakukan pada 3 hari setiap bulan Qamariyah iaitu pada 13, 14 dan 15 hari bulan hijrah. Disunatkan berpuasa pada hari putih berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Qatadah bin Milhan RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Rasulullah SAW menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu 13, 14 dan 15 hari bulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun. (Riwayat Abu Daud)
2) Puasa-puasa sunat lain yang boleh dilakukan adalah seperti puasa hari Isnin dan Khamis sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada A’ishah RA:
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW mengambil berat tentang berpuasa pada hari Isnin dan khamis. (Riwayat al-Tirmizi)
Begitu juga puasa-puasa sunat lain yang digalakkan seperti puasa sunat 6 hari di dalam bulan Syawwal, hari ‘Arafah, Tasu’a dan ‘Asyura.
Di dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Bermaksud: Puasa yang paling dicintai olehi Allah SWT adalah puasa Daud AS iaitu Baginda berpuasa satu hari kemudian tidak berpuasa pada keesokannya. (Riwayat al-Bukhari)
Sekian, Terima Kasih