BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ada beberapa soalan berkaitan dengan aqiqah seperti berikut: 1. Bapa saudara saya mempunyai seekor kambing dan saya ingin membeli kambing tersebut untuk majlis aqiqah. Sewaktu saya membayar duit kepada bapa saudara saya, perlukah dilafazkan apa-apa akad? 2. Sewaktu kambing itu disembelih oleh tukang sembelih, perlukah saya berada berhampiran dan perlukah saya berniat? Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan; 1. Akad yang berlaku ketika itu hanyalah akad urusan jual beli kambing tersebut sahaja dan tiada sebarang akad aqiqah semasa proses pembayaran . Ijab qabul antara penjual dan pembeli adalah tanda redha dalam urusan jual beli tersebut sebagaimana firman Allah SWT : Maksudnya : “ Kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara rela-merelai di antara kamu” (al-Nisa’ : 29) 2. Dalam ibadah aqiqah yang dilaksanakan tiada dalil yang menyatakan bahawa tuan perlu berada di tempat kambing tersebut ketika ia disembelih. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 76

message user image