BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Apa hukunnya jika seorang yg kafir menyebut perkataan "takbir" dengan lantang, kemudian disahut oleh org islam dengan perkataan "Allahhuakbar", juga dengan lantang? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Bagi menjawab soalan berikut, tiada apa-apa hukum bagi seseorang yang kafir menyebut "takbir" kemudian disambut oleh orang Islam lain. Ini kerana boleh sahaja ia adalah salah satu cara non muslim untuk berinteraksi dan beramah mesra bersama orang Islam lain. Bahkan bagi seorang muslim yang menyebut Allahuakbar adalah dikira sebagai zikir yang akan memperoleh pahala insha Allah. Melainkan jika dapat dipastikan non muslim tersebut menyebut "takbir" sebagai satu ejekan atau sindiran maka laporkanlah kepada pihak berkuasa dan saluran yang betul serta tidak bertindak melulu dengan mengikuti hawa nafsu.

والله أعلم بالصواب

 

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 66

message user image