BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum w.b.t.

 

Salam Ramadan,

 

Yang saya hormati Mufti,

Saya ingin mendapatkan maklum balas berkenaan mengqada' solat. Saya baru sahaja memakai cincin pada 13 Ogos 2023 dan tidak menanggalkannya apabila saya mengambil whudu'. Pada waktu dan ketika itu saya yakin bahawa air whudu' akan melalui di kulit dan celah jari. Namun sejak pada hari Isnin yang lepas iaitu tarikh 25 Mac 2024 muncul rasa was-was dan tidak yakin.

 

Maka saya membuat semakan di Youtube Ustaz Azhar Idrus (link) dan mengikut syarahan beliau bahawa sah sekiranya kita memakai cincin tanpa menanggalkannya tetapi harus memusingkan cincin di jari supaya air dapat melalui di celah-celah jari. 

 

Oleh kerana itu, saya mula tidak yakin dan merasa was-was dengan solat saya sepanjang saya memakai cincin. Untuk makluman Mufti, saya pun sudah mula mengqada' solat, tapi timbul persoalan di hati saya " Adakah saya perlu ganti? walhal saya mula tidak yakin pada 25 Mac 2024"

 

Mohon penjelasan dari pihak Mufti untuk menjelaskan perkara ini.

 

Terima Kasih,

 

Yang Ikhlas,

Muhammad Hakim 

hakimsabre@gmail.com

018-9661402


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab kepada persoalan, sah wuduk bagi seseorang yang memakai cincin sekiranya dapat dipastikan bahawa ia tidak menghalang air daripada mengenai kulit di bawahnya. Oleh itu wajib bagi seseorang yang memakai cincin yang ketat untuk menggerak-gerakkan cincin tersebut bagi memastikan air wuduk mengenai kulit di bawahnya. Manakala, sunat bagi seseorang yang memakai cincin yang longgar untuk menggerakkan juga cincin tersebut bagi memastikan air benar-benar sampai ke kulitnya. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 42

message user image