BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ada mendengar ceramah jika tempoh bermusafir keseluruhannya lebih dari 3 hari, seseorang itu masih boleh solat jama' dengan syarat tidak berada di setiap tempat lebih dari 3 hari. Jadi, saya mohon penerangan tentang perkara ini.

Saya akan bercuti ke Korea dan akan melawat ke 2 negeri iaitu Seoul dan Busan. Jarak antara Seoul dan Busan adalah 320km, ini bermakna ianya lebih dari 2 marhalah. Di bawah adalah itinerary perjalanan saya:

1 June: Flight dari KLIA (11 malam)
2 June: Tiba di Seoul Airport, kemudian bergerak untuk check in hotel di Busan
3 June: Busan
4 June: Busan
5 June: Check out hotel Busan, kemudian check in hotel Seoul
6 June: Seoul
7 June: Check out hotel di Seoul, kemudian bergerak ke Seoul Airport. 
8 June: Flight dari Seoul Airport (6 pagi)

Ini bererti saya akan berada di hotel selama:
Busan = 4 hari 3 malam (2 June - 5 June)
Seoul = 3 hari 2 malam (5 June - 7 June)

Bolehkah pihak tuan nyatakan secara jelas tarikh yang manakah saya dibenarkan untuk menunaikan solat Jama'?

Respons dari pihak tuan amat saya hargai. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

1. Seseorang yang bermusafir diberi rukhsah untuk menunaikan solat secara jamak dan qasar sekiranya perjalanan tersebut melebihi 2 marhalah iaitu 81 km dan tujuan permusafiran adalah diharuskan, bukan bertujuan maksiat.

2. Orang yang bermusafir boleh melakukan solat secara jamak dan qasar selepas melepasi kawasan perumahan atau kampung tempat dia tinggal.

3. Dia boleh melakukan solat secara jamak dan qasar sepanjang perjalanan. 

4. Apabila sampai ke tempat yang dituju, dia boleh melakukan solat secara jamak dan qasar selama berada di tempat itu sekiranya dia berniat untuk tinggal di situ tidak lebh daripada 3 hari, tidak termasuk hari dia sampai dan hari dia meninggalkan tempat tersebut.

Berdasarkan keterangan yang diberikan, saudari dibenarkan untuk melakukan solat secara jamak dan qasar sepanjang permusafiran, termasuk ketika menginap di Busan dan Seoul, hingga kembali ke tanahair.

والله أعلم بالصواب

 

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 37

message user image