BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. 1) Apakah hukum simpanan ASB? 2) Bagaimanakah kiraan zakat ASB? 3) Bagaimanakah kiraan zakat atas ASB Loan? Adakah caruman dan dividen? 4) Apakah hukum seseorang itu menjadi imam sedangkan dia mempunyai sejarah yang hitam, tidak dalam ilmu agamanya dan bergaul antara lelaki dan perempuan? Apakah sah solatnya dan solat makmum yang mengikutinya? 5) Adakah sah mandi wajib seseorang itu sekiranya dia ragu-ragu dan tidak yakin air mutlak telah sampai keseluruhannya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Hukumnya harus. 2. Zakat simpanan yang dikenakan ialah 2.5 peratus daripada baki terendah dalam tempoh setahun simpanan apabila cukup haul dan nisabnya. 3. Nilai zakat yang diwajibkan adalah 2.5% daripada nilai pelaburan di hujung haul. Bagi pelaburan yang diniagakan, jumlah keuntungan yang ditunaikan sepanjang tahun hendaklah dicampurkan. = (nilai pelaburan di hujung haul + keuntungan ditunaikan) x 2.5% Sebaiknya tuan boleh terus ke mana-mana kaunter zakat yang berhampiran untuk pengiraan yang tepat. 4. Sah solatnya, apabila seseorang itu cukup syarat-syarat sah menjadi imam solat berjemaah. Sah atau tidak solat seseorang imam tidaklah dilihat kepada sejarah hitam yang lepas, atau amalan buruk yang telah ditinggalkan. Seandainya seseorang itu telah benar-benar bertaubat dan meninggalkan segala perbuatan lampau serta mampu menjadi imam dengan memenuhi segala syarat serta mempunyai bacaan yang baik, adalah tidak bersalahan baginya untuk menjadi imam solat berjemaah. 5. Syarat sah mandi wajib adalah meratakan air keseluruh tubuh badan. Seandainya ragu-ragu, dan tidak yakin air telah sampai ke seluruh badannya, hendaklah dia mengulangi mandi tersebut sehingga yakin telah sampai air di seluruh tubuhnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 191

message user image