Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya mengenai nama anak. Saya dijangka bersalin dalam masa terdekat ini. Saya dan suami memutuskan ingin memberi nama anak lelaki yang bakal lahir ini “Jibreil”. Apakah hukum menamakan nama anak dengan nama malaikat ini?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, boleh meletakkan nama anak selain bahasa arab atau seumpamanya selagi ia memberi maksud atau sebutan yang baik-baik. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.