BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

assalammualaikum tuan, saya ada persoalan jika pasangan itu terlanjur dan si lelaki meminta untuk memutuskan hubungan tersebut kerna ibunya tidak bersetuju dengan hubungan mereka lalu si lelaki terpaksa mengikut kehendak si ibu kerna takut akan kutukan yang bakal terjadi jika melanggar perintah si ibu. adakah si lelaki perlu mengikut kata ibunya dengan mereka berpisah atau si lelaki perlu bertanggungjawab atas ketelanjuran tersebut tanpa mengikut perintah ibunya? adakah si lelaki derhaka dengan ibunya? mohon pencerahan tuan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Perbuatan zina merupakan suatu dosa besar dan pelakunya wajib segera bertaubat kepada Allah SWT serta berazam untuk tidak mengulanginya.

Dalam isu nikah seorang anak, pilihan memilih pasangan atau bakal isterinya berada pada keputusan seorang anak lelaki itu sendiri. Namun, nasihat ibu bapa atau pihak lain sewajarnya diambil kira sebagai orang yang lebih berpengalaman bagi memastikan keputusan yang dilakukan adalah tepat.

Niat untuk bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku adalah suatu yang baik dan tidak dianggap telah menderhaka kepada ibu. Berbincanglah secara baik dengan ibu akan kewajaran perkahwinan tersebut.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 77

message user image